Jurulatih pasukan futsal Sabah dijangka bakal memberi saingan sengit dalam Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) 2024.
Pasukan yang kini berada di bawah kendalian, jurulatih dari Thailand, Pat Sriwijit menyasarkan untuk meningkatkan mutu pemain bagi merealisasikan impian tersebut.
Selaku Ketua Jurulatih, Patt menyifatkan anak buahnya memiliki kelebihan dan mampu berdaya saing dengan pasukan lain.
“Kami berada di sini untuk bersaing dengan nama besar di Malaysia, dan saya percaya dengan bakat dan dedikasi, barisan pemain yang mampu memberikan cabaran yang hebat.
“Saya yakin pemain mampu bermain dengan hebat kerana mereka sudah berkemahiran dan mampu memberikan corak permainan terbaik,” katanya ketika ditemui Malaysia Bangkit pada Khamis.
Dalam pada itu, Patt turut mengatakan beliau akan menggunakan kombinasi pemain tempatan dengan barisan import bagi menguatkan pasukan terutama kehadiran pemain import, Felipe Leite yang akan menjadi taruhan utama.
“Leite merupakan bekas pemain bintang dalam saingan futsal di Jepun dan Thailand. Pemain kelahiran Brazil itu pernah menjaringkan sebanyak lebih 36 gol dalam lebih 70 penampilan dengan team, Vassagey Oita,” katanya.
Selain Leite, seorang lagi pemain import lain ialah Joao Gabriel yang turut diterbangkan dari Brazil.
Dalam pada itu, Sabah turut muncul dengan jersi baharu dan tajaan daripada lapan syarikat dengan jenama sekali gus memastikan kewangan yang kukuh bagi menghadapi musim 2024.
Sabah akan memulakan kempen saingan MPFL menentang juara dua kali, Selangor FC pada Ahad (esok) di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor.
Baca juga: