KDN kaji tempoh sah laku passport kepada 10 tahun

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam peringkat melakukan kajian terhadap memanjangkan tempoh sa laku passport Malaysia keapda 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian terbabit dibuat bagi mempertimbangkan tindakan di kebanyakan negara Asean menetapkan 10 tahun bagi tempoh sah laku passport.

Katanya, kajian terbabit turut mempertimbangkan tempoh munasabah sekiranya keputusan terbabit dibuat.

“Jabatan Imigresen sedang dalam proses untuk melakukan kajian bagi memperkenalkan passport dengan tempoh sah laku selama 10 tahun.

“Keputusan itu akan mempengaruh pelbagai perkara termasuk reaksi orang awam,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Passport Shafbury di Putrajaya pada Isnin.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku passport Malaysia antarabangsa (PMA) ditambah daripada lima ke 10 tahun mengikut kadar bayaran sewajarnya.

Kata Presidennyam Ajeet Singh Gurbax Singh, lebih 100 negara sudah memperkenalkan sistem passport antarabangsa menggunakan tempoh sah laku selama 10 tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat