KPN terima kunjungan hormat Duta Besar UAE di Bukit Aman

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razaruddin Husain menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr. Mubarak Saeed Al-Dhaheri di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada Isnin.

Ketibaan beliau sekitar jam 2.30 petang di perkarangan Menara 1, Bukit Aman turut disambut oleh barisan Pengarah PDRM, sebelum diberi penghormatan untuk memeriksa kawalan kehormatan utama dengan kekuatan seramai 102 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan  yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Farid Mohd Anuar.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral di antara PDRM dengan pihak Kedutaan UAE.

Turut hadir barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta delegasi UAE ke Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat