Penyanyi popular antarabangsa, Madonna tular di media sosial apabila video memaparkan dirinya jatuh terduduk di atas pentas ketika membuat persembahan.
Insiden itu berlaku apabila Madonna yang duduk di atas kerusi sambil ditarik oleh salah seorang penari latarnya terjatuh.
Berdasarkan rakaman yang tular, penari terbabit tergelincir, lalu gagal mengawal keseimbangan dan terjatuh.
Bagaimanapun, penari lelaki terbabit bingkas bangun dan meneruskan persembahan, sementara membiarkan Madonna yang jatuh telentang.
Selain daripada insiden itu, apa yang menarik perhatian peminat ialah suara Madonna kedengaran tidak terjejas atau berubah meskipun ketika sedang jatuh.
Meskipun, sikap profesional penyanyi itu dipuji yang tetap meneruskan persembahan selepas terjatuh, namun rata-rata peminat meluahkan rasa kurang senang apabila penyanyi senior itu dikatakan membuat persembahan secara lip sync.
“Mustahil dia boleh teruskan nyanyian sedangkan sudah terjatuh,” kata DebbieDJ
“Terbukti dia lip sync,” kata Tracey Lester.
“Dia lebih selesa di lantai, di situ tempat lebih baik untuknya,” kata Jcgk
“Mungkin sudah sampai masa untuk bersara,” kata JohnLem.
Kejadian tersebut berlaku ketika penyanyi berusia 65 tahun itu mendendangkan lagu Open Your Heart dalam konsert siri jelajah di Seattle, Amerika Syarikat.
Baca juga: