Bintang filem porno, Kagney Linn Karter meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat bunuh diri.
Menurut TMZ, Karter disahkan meninggal dunia oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan daerah Cuyahoga, Ohio, Amerika Syarikat.
Kematiannya tragis Kagney itu mengundang rasa simpati pengguna media sosial sehinggkan mereka mengadakan kutipan dana buat keluarganya di GoFundMe.
“Kagney merupakan seorang yang baik dan murah hati. Dunia turut bersedih atas pemergiannya yang membawa cahaya dalam hidup kami.
“Walaupun semua pencapaian dan bakatnya sungguh mengagumkan, Kagney bergelut dengan masalah mental saban tahun.
“Dia sentiasa merasakan kekacauan dalam kepalanya sendiri namun dia masih terus berusaha untuk ada demi sahabatnya dan masyarakat yang mengambil berat terhadapnya,” kata salah seorang rakannya yang enggan dikenali.
Untuk info, Kagney mula menceburi bidang perfileman dewasa pada pertengahan tahun 2000-an sebelum kembali ke Ohio beberapa tahun lalu untuk membuka studio kecergasan sendiri.
Baca juga: