Penyanyi yang juga anak kepada Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani mengakui terbuka sekiranya diminta untuk menggantikan posisi bapanya mempersembahkan lagu Kucuma bersama Wany Hasrita di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada 3 Mac nanti.
Zaki atau nama lengkapnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, mengatakan dia dia masalah untuk berbuat demikian.
“Saya okay je,” katanya ringkas menerusi perkongsian di Instagram menerusi Insta Stories.
Perkara itu susulan Jamal mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan itu disebabkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, wujud dakwaan mengatakan beliau menarik diri kerana berasa tidak berpuas hati disebabkan peserta bertanding secara percuma sedangkan pihak produksi menjual tiket dan mendapat penajaan.
Katanya, sebagai penyanyi senior, beliau berasa kurang senang dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi apabila pihak produksi mengaut keuntungan menerusi jualan tiket serta mendapat tajaan penaja.
Susulan itu, syarikat rakaman FMC Music selaku penerbit lagu menyatakan bahawa tempat Jamal akan digantikan oleh Afieq Shazwan.
Perkara tersebut turut mendapat persetujuan daripada pencipta lagu iaitu Ezra Kong.
Baca juga: