Malaysia fokus empat industri makanan sejajar DAN 2.0

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) telah berjaya membawa kepada peningkatan 3.6 peratus ke atas sektor agro makanan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2022.

Beliau turut menyatakan Malaysia amat menekankan pembangunan empat industri pada tahun 2024 iaitu padi dan beras, ayam itik dan telur, bawang merah dan nanas yang selari dengan DAN 2.0.

“Ini bertujuan untuk memastikan kemajuan yang berterusan untuk menangani cabaran keselamatan makanan dan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian.

“Industri-industri yang telah diberkan keutamaan ini menumpukan kepada inovasi merentasi keseluruhan rantaian nilai, bagi memastikan peningkatan dalam produktiviti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, tujuan tersebut bagi menggalakkan sektor pertanian yang agresif dan mampan seterusnya menyumbang kepada matlamat pembangunan negara dan memastikan sekuriti makanan sentiasa terjamin untuk generasi akan datang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat