Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah membuat persiapan sewajarnya bagi memastikan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi konsert Ed Sheeran pada Sabtu dan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac depan dapat dilakukan.
Ini merupakan salah satu penambahbaikan yang dibuat untuk mengelakkan insiden kerosakan padang yang berlaku ketika konsert Coldplay pada November tahun lalu.
Menerusi kenyataan, PSM telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema konsert jelajah dunia Ed Sheeran.
“Rumput yang dipindahkan akan berada dalam penjagaan intensif agar kesihatannya berada pada tahap optimum untuk digunakan dalam perlawanan Malaysia menentang Oman nanti.
“Persiapan untuk perlawanan tersebut akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir, termasuk kerja-kerja membongkar peralatan konsert,” kata dalam kenyataan PSM pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan padang SNBJ mengalami kerosakan selepas konsert Coldplay: Music of the Spheres hingga mendapat perhatian ramai pihak terutamanya pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkongsi gambar keadaan stadium berkenaan.
Baca juga: