Nasional

Lembaga Pengarah Tourism Malaysia sokong perubahan strategi pelancongan tempatan

Lembaga Pengarah Tourism Malaysia memberi sokongan penuh ke atas hala tuju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melakukan perubahan selepas Ketua Pengarahnya, Ammar Abd Ghapar diturunkan pangkat kerana prestasi tidak memuaskan.

Dalam kenyataan lembaga pengarah berkata, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan melakukan perubahan ketara terutama daripada segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara.

“Barisan lembaga pengarah Tourism Malaysia akan berusaha memberikan maklum balas dan panduan bagi memastikan aspirasi ini dapat diterima dan dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik dan telus,” katanya.

Katanya, industri pelancongan juga perlu bersaing dengan negara jiran dengan lebih kompetitif lagi.

Menurutnya, walaupun jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong di negara ini merekodkan pertumbuhan positif, ia masih jauh bawah paras ketika pra-pandemik.

“Kami tetap teguh dan komited dalam melakukan apa yang terbaik demi kepentingan negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menurunkan pangkat Ammar kerana masalah prestasi tidak memuaskan.

Katanya, tindakan itu perlu diambil demi kebaikan industri pelancongan negara.

“Kalau dia tidak boleh kerja jangan buat malu kementerian atau Tourism Malaysia… pergi main simpati, jangan kata dia kena pecat. Saya kata turun jadi timbalan ketua pengarah. Memang Mac tahun depan dia pencen,” jelasnya.

Pada Sabtu, Ammar, 36, bersama kementerian mengesahkan perkhidmatannya ditamatkan dan memberitahu menerima surat daripada Tiong.

Menurut Malaysia Kini, surat itu menyatakan perkhidmatannya ditamatkan berkuat kuasa 26 Februari selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah pada April tahun lalu.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close