PDRM tahan lelaki disyaki miliki dadah

Pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Daerah Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap seorang lelaki warga tempatan di kawasan Serendah, Hulu Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal berkata, hasil pemeriksaan menjumpai peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.

“Anggota telah menjumpai dan merampas peket plastik yang disyaki dadah jenis syabu.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Faizal memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke balai-balai berdekatan.

Tegasnya PDRM Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera keatas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis.

Baca juga: