Pelakon Shakilla Khoriri kembali menyandang status sebagai isteri selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, dikenali sebagai Fariz Zulkepley dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan tertutup bagi menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup di atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan meraikan ahli baru dalam keluarga kami,” katanya dalam Instagram.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 kemudian berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia, 5.
Baca juga: