Dua buah rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Indah 2, Taman Rompin Indah, Rompin, Pahang pada Ahad.
Seramai 14 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang daripada tiga buah balai Bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berikutan kebakaran rumah pada pukul 6.16 petang.
Menurut Komander Operasi Kanan I, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Noor Hisyam Kadri, dua buah rumah teres berkeluasan 22×60 kaki per unit telah mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus bagi rumah pertama sementara rumah kedua musnah sebanyak 15 peratus
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran ini.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air daripada 2 buah jentera FRT serta jentera water tanker dan pili Bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Difahamkan, kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.00 petang dan kerja-kerja pemadaman dan pembersihan dijalankan sehingga selesai.
Baca juga: