GMWA23 iktiraf pereka kandungan, pempengaruh popular

Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23) yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad mengiktiraf industri hiburan tempatan.

GMWA23 anjuran Astro Gempak dihadiri oleh kesemua pempengaruh media sosial, selebriti dan personaliti digital terkemuka tanah air.

Menariknya GMWA23 ini dihadiri dengan empat pengacara yang cukup terkenal iaitu Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee.

Persembahan daripada barisan penyanyi terkenal seperti Aina Abdul, Khai Bahar dan Dolla memukau penonton sepanjang malam itu berlansung.

Dengan tema Y2K, GMWA23 memperkenalkan tiga kategori baharu iaitu Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak.

GMWA23 turut mempersembahkan anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ dan ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’ yang melibatkan penglibatan peminat menerusi undian media sosial.

Dan untuk info GMWA23 ini disiarkan secara lansung di Astro Ria, On Demand , Astro Go dan Sooka pada jam 9 malam.

Berikut adalah pencipta konten yang berjaya meraih kemenangan dalam kategori GMWA23:

Gempak Most Wanted 2023
Anna Jobling

Lagu/Audio Tergempak
Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdu

Video Tergempak
Kesian Girlfriend Lapar – @mikhailimaan

Video Muzik Tergempak
Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

Drama Tergempak
Melur Untuk Firdaus 2 – TV3 Malaysia

Selebriti Digital Tergempak
Anna Jobling

Gamer Tergempak
Pok Ro

Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak
Rahman Chea – @rahmanchea

Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
Amin & Abid Othman – @aminxabid

Digital Content Creator (Motivator) Tergempak
Dr. Say Shazri – @say_shazril

Anugerah Drama #RambutTetapBoom
Anna Jobling – Syurga Itu Bukan Mudah

Gempak Hall Of Fame
Melly Goeslaw

Baca juga: