Kerajaan MADANI enggan mengambil jalan mudah untuk menaikkan kadar faedah atau Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk memulihkan semula mata wang ringgit yang merosot.
Perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah membuat pertimbangan terhadap kenaikan kadar tersebut terutamanya kepada rakyat yang bakal menanggung hutang yang bertambah tinggi.
“Ia dapat membebankan rakyat, khususnya mereka yang menanggung hutang perumahan, kenderaan dan perniagaan kerana perlu membuat bayaran balik pada kadar yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Anwar turut menyatakan kerajaan sedang giat perbetulkan struktur asas ekonomi negara dengan cara yang terbaik. Antara hasilnya ialah kadar inflasi negara pada 1.5 peratus dan antara yang terendah di ASEAN.
“Pengangguran juga menurun dibawah 3.5 peratus di samping pelaburan negara yang diluluskan ialah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu dan merupakan rekod tertinggi dalam sejar negara,” tambahnya.
Anwar berkata demikian ketika menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah bertempat di Kuala Selangor.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Baca juga: