Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menekankan terhadap dua inisiatif dalam Pelan Tindakan Hal Tuju Wilayah Persekutuan melibatkan tingkat ekonomi masyarakat.
Katanya, Pelan Tindakan Hal Tuju Wilayah Persekutuan itu melibatkan Sejahtera @ WP (menaikkan siling) dan Puji @ WP (meningkatkan lantai).
“Kejayaan kita bergantung kepada keupayaan untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang padu.
“Saya memperkenalkan budaya kerja HARMONI yang perlu menjadi sandaran warga kerja di Wilayah Persekutuan dalam memberikan perkhidmatan yang optimum untuk rakyat.
“HARMONI bermaksud Hormat, Adil, Responsif, Mampan, Orientasi Rakyat, Nilai Empati dan Integriti. Itu maksud disebalik HARMONI itu tadi.
“Dalam masa yang sama, Wilayah Persekutuan turut diperkenalkan sebagai ‘rallying cry’ bagi warga Wilayah Persekutuan keseluruhannya,” katanya.
Dalam pada itu, Pelan tindakan hala tuju Wilayah Persekutuan itu terdiri daripada enam fokus utama iaitu Penstrukturan Semula Ekonomi, Bandar Pintar Berdaya Huni, Kemampanan Sosio Ekonomi, Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar, Pembudayaan Digital dan Kelestarian Pelancongan.
Dalam pada itu, inisiatif yang dilakukan merangkumi bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada warga Wilayah Persekutuan.
Baca juga: