Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) bertindak membakar dirinya di hadapan bangunan Kedutaan Israel di Washington DC pada pukul 1 petang (waktu tempatan) pada Ahad.
Video insiden ngeri itu dirakam dan tular di media sosial di mana lelaki berkenaan menjerit free Palestine (bebaskan Palestin) dalam keadaan dirinya sedang terbakar.
Pegawai Perkhidmatan Rahsia AS kemudian berjaya memadamkan api dan segera menghantar lelaki berkenaan ke hospital. Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan kritikal.
Sementara itu, jurucakap kedutaan Israel mengatakan tiada kakitangan yang cedera dalam kejadian itu.
“Satu unit pelupusan bom telah dihantar ke lokasi kejadian atas satu kenderaan yang berkait dengan individu berkenaan namun mereka mengisytiharkan kenderaan tersebut selamat selepas tiada penemuan bahan berbahaya.
“Kementerian Luar Israel juga mengatakan lelaki tersebut tidak dikenali oleh kakitangan kedutaan,” kata jurucakap Keduataan Israel kepada media luar negara, New York Times.
Kejadian sebegitu bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini, seorang penunjuk perasaan turut membakar dirinya di hadapan Konsulat Israel di Georgia, AS.
Baca juga: