Hubungan Malaysia, Kemboja makin kukuh – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemu dengan rakan sejawat dari Kemboja, Hun Manet yang sedang melakukan lawatan rasmi selama sehari di Malaysia pada Selasa.

Menurut Anwar, perbincangan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara telah berjaya diperkukuhkan lagi melalui pertemuan empat mata itu.

“Beberapa aspek lain akan dipertingkatkan khususnya kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan.

“Selain itu, pertanian dan komoditi, dari segi industri halal, tenaga, keselamatan, maklumat dan komunikasi, serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosiekonomi masyarakat Islam di Kemboja,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

Tambah Anwar, beliau percaya bahawa lawatan rasmi tersebut akan mengukuhkan lagi nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja pada masa akan datang.

Terdahulu, Hun Manet telah dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Walaubagaimana pun, acara lawatan rasmi Hun Manet difahamkan akan diakhiri dengan Forum Pernigaaan Malaysia-Kemboja yang merupakan anjuran Dewan Perniagaan Kemboja dan Majlis Perniagaan Malaysia di Kemboja, memetik laporan Bernama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat