Perancangan Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang menjadi agenda Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualkan bermula pada 29 Februari hingga 2 Mac depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera pada Isnin berkata, antara agenda penting Kerajaan MADANI ialah merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh.
Anwar turut berharap agar kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
“Hal ini supaya ekonomi Bumiputera dapat berkembang dengan maju secara progresif dan inovatif,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, mesyuarat ini juga tidak menyisihkan kaum selain Bumiputera kerana mereka turut mendengan pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Baca juga: