Polis Australia siasat bapa Taylor Swift atas dakwaan serangan terhadap seorang jurugambar

Polis Australia sedang giat menyiasat seorang lelaki berusia 71 tahun, yang juga dikenal pasti sebagai bapa Taylor Swift atas dakwaan serangan seorang jurugambar di Sydney pada Selasa.

Bapa kepada penyanyi lagu berjudul ‘Love Story’ itu didakwa menyerang seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben McDonald, 51, di Neutral Bay Wharf kira-kira pukul 2.30 pagi pada Isnin sebelum meninggalkan lokasi tersebut.

Menurut McDonald, dia mengambil gambar ikon pop Amerika Syarikat itu di atas ‘kapal layar super’ di Sydney Harbour selepas menamatkan empat pertunjukan terakhirnya di bandar itu.

Sementara itu, mangsa turut mendakwa pihak keselamatan Swift meletakkan payung di mukanya untuk menghalangnya daripada mengambil gambar Taylor Swift yang sedang berjalan turun dari jeti ke kenderaan yang menunggu.

Selepas kenderaan Swift berlalu pergi, mangsa mendakwa seorang lelaki berdiri berhadapan dengannya dan bertindak menumbuk dirinya di bahagian atas.

“Pada awalnya, saya tidak tahu siapa dia, tetapi setelah melihat gambar dia berpegangan tangan dengan Taylor dan saya yakin bahawa lelaki terbabit adalah ayahnya.

“Ia satu kejutan, itu tidak pernah berlaku kepada saya dalam tempoh 26 tahun,” katanya.

Difahamkan, Taylor Swift kini berada di tengah-tengah konsert jelajah ‘The Eras‘, di seluruh dunia dan menuju ke Singapura minggu ini untuk pusingan seterusnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat