Speaker tarik balik arahan larangan 4 hari ke atas Awang Hashim

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah menarik balik perintah ke atas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim daripada memasuki dewan persidangan selama empat hari. 

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memohon agar diberikan kelanggaran dan memaafkan sekiranya Awang menarik balik dan memohon maaf dalam ucapannya. 

“Harap speaker dapat beri kelanggaran. Minta Pendang tarik balik. Adakah speaker akan maafkan jika Pendang tarik balik?

“Pendang tolong minta maaf dan tarik balik,” kata Hamzah. 

Susulan itu speaker bersetuju dan menarik balik perintah berkenaan selepas Ahli Parlimen Pendang membuat permohonan maaf. 

Sebelum itu, Awang dikenakan hukuman larangan empat hari berikutan terlalu lantang membantah keputusan Johari yagn membenarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat