3 cedera dalam kebakaran 4 unit rumah di Alor Setar

Seramai tiga individu cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan empat unit rumah di Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah pada pagi Selasa.

Menurut Komander Operasi Kanan, PPgB Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 77 tahun bersama dua orang wanita yang masing-masing berusia 75 dan 44 tahun.

Katanya, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS daripada tiga balai bomba.

“Pasukan bomba yang terdiri daripada 24 orang anggota telah berjaya membendung dan memadam kebakaran pada pukul 12.28 tengah hari.

“Operasi ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, BBP Alor Setar dan BBP Pendang dan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya, PBS Jalan Kundur & PBS Seberang Nyonya,” katanya dalam satu kenyataan.

Azizul turut berkata kebakaran tersebut telah mengakibatkan kebakaran sehingga 80 hingga 95 peratus bagi setiap unit rumah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat