Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta agar memberi peluang kepada Kerajaan MADANI untuk membuat kajian terperinci terhadap kaedah baharu bagi menggantikan skim pencen penjawat awam.
Kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jangan terlalu mudah membuat andaian, kerana bimbang perkara itu berkemungkinan akan mengakibatkan kepada pendangan negatif.
“Pelantikan tetap penjawat awam itu melibatkan dasar kerajaan semasa, manakala pelantikan penjawat awam kontrak dibuat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Saya mohon agar kita dapat tunggu. Jangan kita membawa andaian kepada negatif, kerana kita belum dengan lagi skim baharu yang ditawarkan.
“Kerajaan masih membuat kajian terperinci, dan diharapkan agar semua dapat bersabar,” katanya.
Dr Dzulkefly memberi reaksi demikian ketika menjawab tentang pemansuhan skim pencen penjawat awam di Parlimen pada Rabu.
Perkara itu secara tidak langsung mengundang kebimbangan terhadap penyertaan bagi sektor pekerjaan yang kritikal seperti keselamatan, ketenteraan, pendidikan dan kesihatan.
Baca juga: