Kerajaan kaji sistem saraan baharu kakitangan perkhidmatan awam

Skim pencen kepada pegawai yang sedang berkhidmat dan pesara masih diteruskan meskipun kerajaan mengumumkan bakal memperkenal kaedah baharu selepas skim tersebut dimansuhkan.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, skim pencen kepada pegawai yang sedang berkhidmat dan pesara masih ditreruskan.

Namun memadangkan implikasi kewangan yang semakin meningkat, kerajaan mengambil keputusan untuk mengkaji sistem saraan baharu dalam perkhidmatan awam.

“Jumlah perbelanjaan pencen adalah sebanyak RM32.01 bilion dan dijangka akan mencecah sebanyak RM46.36 bilion pada tahun 2030.

“Unjuran purata kenaikan jumlah bayaran pencen adalah hampir RM2 bilion setahun,” jelasnya pada persidangan di Parlimen pada Selasa.

Tambahnya, bagi memastikan kerajaan dapat menguruskan perbelanjaan kewangan negara dengan lebih mampan, kaedah baharu lantikan tetap sedang diteliti.

“Hasil kajian akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Keperluan pindaan kepada kesemua peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi tujuan kaedah baharu lantikan tetap penjawat awam sedang diperhalusi sewajarnya,” katanya.

Baca juga: