Bapa kanak-kanak autisme mati lemas disiasat akibat pengabaian, kecuaian

Polis mengesahkan kematian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia 5 tahun yang hilang ketika bermain dengan kembarnya di Taman Rekreasi, Sea Park, Petaling Jaya pada Selasa lalu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, bapa mangsa tertidur semasa memerhatikan kedua-dua anaknya bermain sebelum membuat laporan pukul 6.30 petang.

“Pengadu juga telah cuba mnecari anaknya yang hilang di sekitar kawasan tersebut namun masih tidak dijumpai anaknya.

“Kemudian, pengadu telah menerima panggilan dari orang awam yang terlah menjumpai anaknya dalam keadaan terapung di permukaan tasik dianggarkan 4 meter dari kawasan tebing

“Sepasukan pihak polis telah membuat siasatan lanjut di tempat kejadian namun tidak mempunyai sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian turut memberikan bantuan pernafasan, tetapi mangsa tiada mempamerkan sebarang reaksi positif dan disahkan meninggal dunia.

Pada 28 Februari, bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan oleh Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh dan mendapati hasil bedah siasat tiada kesan kecederaan serta tiada kesan penderaan lain pada anggota badan mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) memandangkan tiada unsur-unsur jenayah.

Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 akibat pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes tersebut, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat