Bapa temui sendiri mayat anak lemas

Seorang remaja ditemui lemas selepas hanyut dibawa arus deras ketika membantu neneknya mengutip ulam-ulaman di Sungai Bagan, Kampung Bagan Atas, Machang, Kelantan kira-kira pukul 2.30 petang pada Rabu.

Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan, Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden malang itu kira-kira pukul 2.52 petang.

“Mayat mangsa, Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemui sendiri oleh bapanya pada pukul 3.30 petang dengan kerjasama penduduk kampung.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, seramai 10 anggota bomba diarahkan ke operasi tersebut.

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca juga: