Lelaki maut kemalangan rempuh pembahagi jalan di R&R

Seorang lelaki maut di tempat kejadian selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran kawasan Rehat dan rawat (R&R) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Perai, Pulau Pinang.

Menurut Komander Operasi PBK II (KUP) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang Fauzi Zainol, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.43 pagi.

Katanya, seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Setelah pihak bomba tiba ke lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun telah tersepit di ruangan pemandu.

“Dalam masa yang sama, mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan daripada Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM) yang turut sama berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan tindakan dan siasatan selanjutnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat