Perasaan cemburu seorang lelaki akhirnya mengundang padah apabila ditahan polis gara-gara menembak individu yang dipercayai sebagai ‘kekasih gelap’ isterinya.
Suspek yang dikenali sebagai Boonchu ditahan polis Thailand atas kesalahan cubaan membunuh mangsa, Thanat dengan cara melepaskan tembakan di luar sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam, 16 Februari lalu.
Menurut laporan Thethaiger.com, Boonchu telah memakir kereta di hadapan restoran tersebut dan melepaskan tembakan sebanyak tiga kali sebelum melarikan diri.
Salah satu tembakan telah mengenai bahagian belakang badan Thanat, namun dirinya berada dalam keadaan stabil dan tidak kritikal.
Boonchu kemudian berjaya ditahan polis dan berdepan dengan empat pertuduhan iaitu cubaan membunuh, membawa senjata api di tempat awam, melepaskan tembakan di tempat awam dan memandu dalam keadaan mabuk.
Difahamkan, Boonchu berbuat demikian selepas melihat Thanat telah mengadakan hubungan seks bersama isterinya di sebuah bilik stor simpanan barangan di restoran miliknya.
Selain itu, dikatakan juga Thanat menjadi antara individu yang bertanggungjawab bagi membantu Boonchu yang ketika itu restorannya sedang berdepan dengan masalah kewangan.
Baca juga: