43 maut dalam kebakaran bangunan di Dhaka

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam kebakaran sebuah bangunan dianggarkan lima tingkat di bandar Dhaka, Bangladesh yang berlaku pada pukul 10 malam (waktu tempatan), Khamis.

Menteri Kesihatan Bangladesh, Samanta Lal Sen berkata, seramai 75 orang terselamat manakala 33 daripada mereka termasuk wanita dan kanak-kanak disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kolej Perubatan Dhaka.

“10 individu lain kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia ketika menerima rawatan disana manakala 20 orang berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Ketua Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh, Brigadier Jeneral Main Ussin berkata, punca kebakaran adalah daripada kebocoran gas atau dapur di dalam sebuah restoran yang berada di bangunan tujuh tingkat tersebut.

“Ia adalah bangunan yang berbahaya dengan adanya silinder gas di setiap tingkat, bahkan di tangga,” katanya, lapor media antarabangsa, BBC.

Kebakaran bangunan komersial dan kediaman dianggap perkara biasa di Bangladesh kerana dikatakan kurangnya kesedaran terhadap keselamatan awam di samping penguatkuasaan peraturan yang tidak mencukupi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat