PM gesa LHDN agresif ‘kejar’ golongan tak bayar cukai

Perdana Menteir Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan agar Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersikap tegas dan berani untuk mengambil tindakan terhadap golongan culas membayar cukai.

Katanya, kedudukan seseorang tidak mempengaruhi individu itu, apatah lagi melepaskan diri daripada tanggungjawab membayar cukai.

“Jangan ada rasa kerana pengaruh dan kedudukan mereka, terlepas membayar cukai. Ada ke tidak ada. Ada keperluan lebih tegas. Ya.

“Ini kerana kita tidak boleh memberi gambaran bahawa atas itu paling mahakaya itu terselamat daripada tindakan.

“Meski ada kesungguhan dan keberanian tanpa mengira kedudukan si pembayar cukai. Kalau tak bayar geledah dan ambil tindakan, barulah hebat,” katanya ketika berucap di majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN pada Jumaat.

Anwar tetap kekal dengan pendiriannya iaitu mengutamakan tatakelola yang baik dengan tidak mengizinkan ketirisan atau membiarkan para pemimpin menggaut kekayaan yang bukan hak mereka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat