Istana Diraja Norway dilaporkan sedang dalam proses untuk membawa pulang Raja Harald V ke negara asal dalam tempoh masa terdekat.
Jelasnya dalam satu kenyataan, Raja Harald V akan terus mendapat rawatan di pusat perubatan di Pulau Langkawi untuk beberapa hari lagi.
“Tahap kesihatan baginda juga dilaporkan semakin baik selain mendapat perawatan yang sewajarnya.
“Fokus utama adalah untuk membawa baginda pulang pada kadar segera. Kerajaan Norway sedang dalam usaha untuk melaksanakannya.
“Pihak ketenteraan akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya.
Sebelum ini, khabar Raja Harald V dimasukkan ke hospital menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia menarik perhatian masyarakat.
Baca juga: