Seorang kanak-kanak perempuan autisme yang dilaporkan hilang sebelum ini telah selamat ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung Sugud, Panampang, Sabah pada Jumaat.
Mangsa, Avelyn Alesha Jude, 6, disedari hilang dari rumah selama tujuh jam, ditemui semula pada pukul 11.20 malam di kawasan hutan sejauh 5 kilometer (km).
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 5.44 petang.
“Seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Penampang.
“Menurut pemanggil yang merupakan ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya disedari tiada dirumah pada pukul 4 petang.
“Usaha mencari mangsa bersama penduduk kampung dijalankan namun mangsa tidak ditemui. Pasukan Bomba turut berada di lokasi bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Tambahnya lagi, mangsa masih tidak ditemui sepanjang operasi dijalankan dan terpaksa ditangguhkan pada pukul 9.10 malam.
Zeno berkata, operasi SAR disambung pada keesokkan harinya namun pada pukul 11.20 malam pihak Bomba dimaklumkan mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung.
Susulan itu, kanak-kanak tersebut terus dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I bagi menerima rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan pada pukul 11.35 malam selepas mangsa telah selamat ditemui.
Baca juga: