KEB2024 tingkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan

Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar, menggariskan satu realiti yang mencemaskan dalam landskap perniagaan Malaysia di mana hanya satu daripada 97 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tiga tahun lalu dimiliki oleh Bumiputera.

Ini mencerminkan ketidakseimbangan yang masih ketara dalam penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan negara. Keadaan ini sungguh mengejutkan dimana selepas sahaja Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan kejayaan syarikat Bumiputera masih dalam keadaan yang sungguh membimbangkan.

Realitinya, Wahid Omar menyoroti bahawa sebahagian besar dasar pemerkasaan Bumiputera sebelum ini lebih tertumpu kepada sektor awam berbanding sektor swasta.

Walaupun sektor awam menyumbang kepada ekonomi negara, sumbangan sektor swasta yang lebih besar menandakan keperluan untuk pendekatan yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam memperkasakan Bumiputera dalam arena perniagaan.

Bukan sahaja itu tetapi dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Bumiputera terutamanya pasca pandemic Covid-19 dan keadaan geopolitik pada hari ini yang semakin membimbangkan banyak pihak.

Halangan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan

Terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan:

  1. Ketidakseimbangan [enguasaan korporat

Bumiputera masih menghadapi cabaran dalam memperoleh kepemilikan dan penguasaan syarikat-syarikat utama dalam pelbagai industri. Ini menunjukkan ketidakseimbangan yang perlu diperbaiki dalam distribusi ekonomi negara. Dengan lebih banyak penguasaan Bumiputera dalam sektor-sektor korporat lebih banyak limpahan ekonomi akan berlaku dan akan berlaku lonjakan ekonomi berskala sederhana dan besar akan berlaku.

  • Tumpuan kepada sektor awam

Dasar pemerkasaan Bumiputera sebelum ini cenderung lebih tertumpu kepada sektor awam, yang mungkin menyebabkan kurangnya dorongan dan sokongan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor swasta. Hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 peralihan kecenderungan perlu berlaku dalam memastikan agenda nasional dapat direalisasikan.

  • Kurangnya akses kepada sumber dan modal

Usahawan Bumiputera mungkin menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses kepada sumber daya dan modal yang diperlukan untuk membangunkan perniagaan mereka, termasuk pembiayaan dan sokongan teknikal. Oleh itu anjakan pemikiran dan usaha yang lebih inovatif perlu dipergiatkan agar lebih ramai usahawa mampu mengakses lebih banyak sumber dan modal yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

  • Kurangnya keupayaan dan pengalaman

Beberapa usahawan Bumiputera mungkin menghadapi cabaran dalam mempunyai keupayaan dan pengalaman yang mencukupi untuk bersaing dalam pasaran perniagaan yang semakin kompleks. Dalam memastikan lebih banyak baka-bakat usahawan baru dibangunkan keupayaan dan pengalaman perlu diperkukuhkan dalam pelbagai bentuk jaringan dan hubungan sama ada dalam konsep perintisan dan pementoran berpadu.

Pendekatan yang diperlukan untuk memperkasakan Bumiputera dalam sektor perniagaan

Untuk mengatasi halangan-halanagn yang dihadapi, pendekatan berikut boleh diambil:

  1. Peningkatan sokongan kewangan dan teknikal

Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak sokongan kewangan dan teknikal kepada usahawan Bumiputera, termasuk pembiayaan mudah dan program latihan yang berkualiti. Beberapa inisiatif baru diperkenalkan bagi memastikan sistem sokongan tersebut akan diperkukuhkan dalam waktu terdekat ini.

  • Pembangunan kapasiti usahawan

Program pembangunan kapasiti perlu diperluaskan untuk meningkatkan keupayaan dan pengalaman usahawan Bumiputera dalam mengurus dan memajukan perniagaan mereka.

Agensi-agensi penggerak dan pemacu usahawan akan digemblengkan dan diperkukuhkan peranan dan tanggungjawab dengan mengambil kepentingan utama aspek tatakelola dan urus takbir yang cekap.

  • Pengukuhan Dasar Pemerkasaan Bumiputera

Dasar-dasar pemerkasaan Bumiputera perlu dikaji semula dan diperbaharui untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada sektor swasta dan memberi insentif yang lebih besar kepada usahawan Bumiputera. Pemantauan dan kawalan dari semasa ke semasa perlu dilaksanakan agar setiap KPI yang ditetapkan dapat dipenuhi secara strategik.

  • Peningkatan akses kepada pasaran dan rantai nilai

Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan akses usahawan Bumiputera kepada pasaran tempatan dan antarabangsa, serta memperluaskan penyertaan mereka dalam rantai nilai global.

  • Kerjasama awam-swasta yang Lebih Berkesan

Kerajaan perlu bekerjasama lebih erat dengan sektor swasta untuk membangunkan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk pertumbuhan dan kejayaan usahawan Bumiputera.

Kewajipan masyarakat dan kerajaan

Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan adalah tanggungjawab bersama masyarakat dan kerajaan.

Masyarakat perlu memberikan sokongan dan peluang kepada usahawan Bumiputera, sementara kerajaan perlu memastikan bahawa dasar-dasar yang berkaitan diperbaharui dan dilaksanakan dengan cermat.

Menerusi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, diharapkan lebih banyak usahawan-usahawan Bumiputera akan dibangunkan dalam satu ekosistem yang lebih terkawal dan murni dalam memastikan nasib usahawan dan Hasrat kerajaan dapat direalisasi bersama dalam konsep kerangka ekonomi MADANI.

Kesimpulan

Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan adalah penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif di Malaysia.

Dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan berkesan, bersama-sama kita boleh mencapai sasaran ini dan memperkukuhkan kedudukan Bumiputera dalam arena perniagaan negara.

Malaysia perlu bergerak dengan lebih pantas bagi memastikan kita mampu bersaing bukan sahaja di peringkat serantau, tetapi diperingkat global dengan mengambil kira aspek geopolitik dan ekonomi global yang sedang menghimpit kehidupan kita.

Prof. Madya Dr Suhaimee Saahar @ Saabar

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasim Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam

Anda Mungkin Berminat