Mahkamah tolak permohonan Daim cabar SRPM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tun Daim Zainuddin dan keluarga bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan demikian selepas menolak permohonan Daim, 86, dan keluarga selaku pemohon.

Memetik Kosmo, permohonan terbabit difailkan beliau melalui firma guaman, Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.

Turut dinamakan sebagai pemohon ialah isterinya, Toh Puan Na;imah Abdul Khalid bersama empat anak mereka iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin bersama Ilham Tower Sdn Bhd, manakala SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden.

Dalam permohonan itu, Daim dan keluarga memohon perisytiharan bahawa SPRM serta pegawainya tiada sebab munasabah untuk menjalankan siasatan bermula Februari 2023, yang akan membawa kepada pendakwaan terhadap mereka.

Berdasarkan afidavit, sokongan dalam permohonan berkenaan pula, Daim mendakwa, dirinya adalah ahli perniagaan kaya dan berjaya sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam.

Menurut, pegangan saham cair beliau saja akan bernilai lebih RM50 bilion hari ini jika kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif.

Beliau juga pemilik Malaysian French Bank dan kemudian UMBC (kini RHB), selain mempunyai kawalan serta kepentingan besar dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia, di mana 10 peratus kepentingan dalam Nestle Malaysia hari ini dikatakan bernilai kira-kira RM3 bilion.

Pada masa sama, beliau mendakwa tiada tindakan dan siasatan dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, walaupun mereka dinamakan dalam Kertas Pandora.

Empat bulan selepas pernyataan direkodkan iaitu pada 7 Jun 2023, satu Notis SPRM menurut Seksyen 36 (1)(a) Akta SPRM dikeluarkan kepada Daim dan keluarga yang memerlukan maklumat semua aset serta sumber pendapatan yang dikeluarkan dari Malaysia dari 1997 hingga kini perlu diberikan dalam tempoh 30 hari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat