PDRM sertai Program Karnival Tekun Madani Selangor

Program Karnival Tekun MADANI Selangor yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac itu turut memperlihatkan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan itu dilihat sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan jaringan perniagaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shahrulnizam Ja’afar hadir ke program perasmian Karnival Tekun MADANI Selangor yang bertempat di Encorp The Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya turut menyertai pameran kerjaya di karnival tersebut.

Baca juga: