Sebanyak 113 program telah dicadangkan kerajaan untuk dilaksanakan di Labuan termasuk Program MADANI Rakyat Labuan 2024.
Perkara itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa melalui jawapan tertulis bagi menjawab soalan Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman mengenai status-status program yang akan diadakan di Labuan.
“Setakat ini, sembilan program telah dilaksanakan pada bulan Januari dan 10 program pada Februari,” katanya.
Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Zaliha turut menyatakan kerajaan sedang komited untuk menambah baik infrastruktur bekalan air di Labuan dengan pelaksanaan pelbagai projek untuk menarik minat pelabur ke wilayah berkenaan.
Baca juga: