Aplikasi Agata bantu tingkatkan tahap kesihatan berteraskan AI

Syarikat teknologi penjagaan kesihatan, Mywam Sdn Bhd melancarkan aplikasi kesihatan berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernama Agata yang bakal mengubah landskap digital perubatan negara.

Tersedia dengan 30 bahasa dalam format suara dan teks, pengguna dapat berunding dengan pakar kesihatan sepanjang memandangkan ia beroperasi selama 24 jam setiap hari.

Aplikasi ini membolehkan pesakit mendapatkan nasihat perubatan, pertanyaan jualan dan bermacam lagi sokongan kesihatan yang tersedia dalam aplikasi berkenaan.

Pengasas Mywam Sdn Bhd, Dana Ariya berkata, ia merupakan misi syarikat tersebut untuk menjadikan penjagaan kesihatan mudah diakses dan inklusif untuk semua orang, tidak kira di mana atau bila anda berada.

“Agata memastikan ahli keluarga mendapat sokongan, motivasi dan penjagaan yang boleh dipercayai pada setiap masa,” katanya dalam kenyataan.

Agata juga bukan mengenai kebolekases semata-mata, kerana ia turut membantu doktor membangunkan pelan rawatan peribadi yang boleh disuaikan mengikut pilihan pesakit.

Aplikasi Agata menyasarkan sekurang-kurangnya penyertaan 1,000 doktor dan mencapai bilangan 1 juta pesakit menjelang Ogos.

Keupayaan AI ini dapat mengasimilasikan maklumat melalui Pangkalan Pengetahuan Agata (AKB), sebuah hab informasi yang dikumpul dan boleh dikemas kini yang merangkumi soalan lazim, garis panduan prosedur dan kriteria penting yang diproses oleh enjin ChatGPT.

Agata turut dibangunkan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat penyelidikan teknologi dari Taiwan, Osense.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat