Majlis pra perkahwinan anak kepada individu ke-11 terkaya di dunia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani dan Randhika Merchant menjadi perhatian kerana kemewahan luar biasanya terutama di aplikasi TikTok.
Majlis itu diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac di Jamnagar, India telah dihadiri oleh individu terkenal dunia termasuk barisan selebriti Bollywood itu menerima ‘tetamu istimewa’ yang hadir membuat persembahan.
Anant Ambani merupakan anak bongsu lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani yang mempunyai jangkaan kekayaan sebanyak RM553 bilion.
Lelaki berusia 28 tahun ini merupakan pengarah perniagaan tenaga yang dikendalikan oleh Reliance, syarikat yang diasaskan oleh datuknya.
Berikut merupakan fakta menarik pra perkahwinan Anant Ambani:
1. Jamuan makan malam kepada 51,000 rakyat di India
Anant dan pasangannya telah menganjurkan jamuan makan malam untuk 51,000 penduduk tempatan di Gujarat. Majlis ini dibuat di perkampungan Jogwad berhampiran syarikat Reliance di Jamnagar.
2. Rihanna memberi persembahan berdurasi penuh pertama kali selepas lapan tahun
Penyanyi pop wanita, Rihanna dijemput mengadakan persembahan pada majlis pra perkahwinan tersebut yang disifatkan sebagai sangat meriah sehingga menjadi tular di media sosial.
Persembahan tersebut menjadi yang perdana kali dilakukan Rihanna di India dan pertama selepas lapan tahun tidak membuat konsert besar.
Menurut beberapa laporan, Rihanna telah dibayar di antara RM28 hingga RM42 juta untuk membuat persembahan.
3. Seramai 1,200 tetamu diundang dari seluruh dunia
Tetamu-tetamu tersebut termasuk Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Hillary Clinton dan juga anak perempuan Donald Trump, Ivanka.
Bersama tetamu lain, mereka menikmati hidangan mewah termasuk dari Mexico, Parsi, Jepun, dan Thailand yang disediakan oleh 21 chef daripada hotel terkemuka.
Selain itu, selebriti-selebriti terkenal Bollywood turut dilihat menghadiri acara ini dan mereka turut menyaksikan persembahan Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Aamir Khan yang menari bersama di atas pentas.
4. Sediakan 2,500 hidangan untuk tetamu
Sekumpulan chef seramai 21 orang telah dipilih dari Hotel Jardin dan diterbangkan ke Jamnagar untuk mencipta pelbagai menu dari Thailand, Jepun, Mexico, Parsi dan Pan Asia. Menu sarapannya sahaja tetamu telah dihidangkan dengan 75 menu berbeza, makan tengah hari terdiri daripada lebih 225 hidangan dan makan malam akan disajikan sebanyak 275 menu.
Tak cukup dengan itu, terdapat sebanyak 85 kudapan tengah malam yang disediakan dari waktu tengah malam sehingga jam 4 pagi.
5. Belanjakan RM719 juta untuk sambutan pra perkahwinan
Menurut laporan, Mukesh Ambani telah membelanjakan kos sebanyak RM719 juta untuk meraikan sambutan pra perkahwinan anaknya ini dan tunangnya Radhika Merchant.
Makanan yang dijamukan kepada tetamu-tetamu yang terkenal dari serata dunia ini, dikatakan telah menelan belanja sebanyak RM118 juta.
Bajet selebihnya telah digunakan untuk menampung pekerja-pekerja dan 21 chef dari bandar Indore, India yang telah menyediakan sebanyak 2,500 hidangan dari pelbagai negara serta penginapan di Jamnagar untuk lebih kurang 1,000 tetamu.
6. Randhika Merchant, Isteri Anant merupakan anak usahawan terkemuka
Radhika Merchant, 29, merupakan anak perempuan kepada billionaire Shri Viren Merchant yang juga merupakan CEO kepada syarikat kesihatan Encore Healthcare.
Si cantik jelita itu juga merupakan seorang penari Bharatnatyam profesional, beliau telah mempelajari tarian klasik sejak di usia empat tahun.
Terdahulu, keluarga Anant Ambani pernah mencuri tumpuan dunia apabila menjemput Beyonce membuat persembahan di majlis perkahwinan anak peremuan mereka pada tahun 2018.
Baca juga: