Remaja perempuan hilang 8 hari ditemui mati

Kehilangan remaja perempuan selama lapan hari yang menjadi tanya tanya akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui dalam parit berair di Kilometer 54 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Parit Changkat, Sabak Bernam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, mayat mangsa berumur 17 tahun itu ditemui bersama motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangnya.

Menurut Agus Salim, kejadian itu disedari seorang peniaga yang melalui jalan berkenaan, kira-kira pukul 11.15 pagi.

“Menurut laporan daripada keluarga mangsa, remaja itu keluar rumah untuk mengambil duit gaji di sebuah kafe di Sungai Air Tawar pada 25 Februari lalu.

“Mangsa menunggang motosikal milik kakaknya sebelum gagal dihubungi ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Agus Salim memberitahu, orang awam yang menemui mayat mangsa kemudian menghubungi polis dan bomba untuk tindakan lanjut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sabak Bernam bagi bedah siasat.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat