Pasukan ragbi kontinjen Selangor muncul juara dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2024 di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor.
Pasukan Selangor berjaya meraih kemenangan ke atas Kuala Lumpur dengan mencatat mata 12-10 pada perlawanan akhir yang berlangsung pada Selasa.
Sementara itu Kontinjen Bukit Aman dan Pahang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan mata 28-0.
Sebanyak 18 pasukan ragbi dari seluruh kontinjen Polis Diraja Malaysia termasuk beberapa buah unit dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam yang terdiri daripada Pasukan 69 Komando, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Briged Utara PGA.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat yang mewakili Ketua Polis Johor mnyampai piala pemenang dalam acara penutupan temasya sukan tersebut.
Terdahulu dalam aksi akhir kategori plate pasukan ragbi pilihan, PSP menepati ramalan muncul juara diikuti kategori ‘bowl‘ yang menjadikan Kontinjen Pulau Pinang dengan Kontinjen Sabah selaku johan bersama.
Turut dipertandingkan ialah kategori shield dalam saingan akhir apabila berjaya meletakkan Pasukan 69 Komando selaku johan setelah menundukkan Kontinjen Negeri Sembilan.
Selain itu, bagi kategori spoon menyaksikan Kontinjen Kedah berjaya menewaskan Kontinjen Terengganu 5-0.
Baca juga: