Bahagian pengurusan cawangan latihan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pertolongan cemas di Dewan Azam, IPD Petaling Jaya baru-baru ini.
Kata Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mohd Afiq Mohd Nor, aktiviti tersebut dapat memberi pendedahan kepada penjawat awam untuk bertindak pantas.
“Tujuan LDP diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan umum kepada pegawai kanan dan anggota polis dalam menangani situasi bantuan kecemasan awal ketika bertugas di lapangan atau pada bila-bila masa.
“LDP yang dijalankan amat penting bagi memantapkan lagi mutu prestasi, kesiap-siagaan dan kualiti penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, LDP turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Pangkat Rendah Polis (PRP) serta ahli PERKEP IPD Petaling Jaya.
Kehadiran Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah Dr Mohd Afiq.
Baca lagi: