Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes dadah

Anggota polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki memiliki dadah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Khamis.

Menurut Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor, hasil pemeriksaan mendapati sebungkus plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu terhadap suspek tersebut

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek telah ditahan dan pihak polis merampas bungkusan berisi syabu tersebut.

“Pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke balai-balai berdekatan,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat