Tiada lagi ‘kamehameha’, pencipta komik Dragon Ball, Akira Toriyama meninggal dunia

Pencipta komik popular dan berpengaruh, Dragon Ball, Akira Toriyama dilaporkan telah meninggal dunia di usia 68 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan produksi manga terkenal dari Jepun itu pada Jumaat lalu.

“Amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa pencipta komik Akira Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac akibat hematoma subdural akut,” kata kenyataan yang disiarkan pada akaun X rasmi francais ‘Dragon Ball’.

Komik tersebut pertama kali disiarkan pada 1984 sekali gus berjaya ‘mendominasi’ dunia menerusi karya animasi layar kaca.

Penangan kuasa ‘kamehameha’ cukup popular dalam kalangan penggemar animasi terbabit yang terkenal dengan watak Son Goku.

Tentu sahaja peminat dan tenaga kerja rumah penerbitan Shueish bersedih dengan berita kematian itu.

Untuk info, hematoma subdural merupakan keadaan serius di mana darah terkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat