Kedua-dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies bakal memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda mereka terutama selepas insiden ditangkap khalwat pada Sabtu.
Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.
“Berdasarkan situasi yang berlaku semalam, terlalu banyak spekulasi dan laporan yang tidak tepat mengenainya.
“Tetapi, saya faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah.
“Seharusnya, keadaan dapat dielak, tetapi, saya akan beri keterangan apa yang berlaku sebenarnya bagi mengelak lebih banyak salah faham atas apa yang terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, suami kepada sepebriti, Bella Astilah itu menafikan penjelasan tersebut bertujuan untuk menegakkan benang basah.
“Bukan ingin menegakkan benang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar.
“Selebihnya, saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti, sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies turut memaklumkan bakal mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.
Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, akui kesal dengan apa yang berlaku dan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian itu.
“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin menyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.
“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi. Saya juga berharap spekulasi in dapat dihentikan sehingga saya memberi kenyataan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham,” katanya.
Sebelum ini, khabar mengenai kedua-dua pelakon terbabit tular apabila mereka ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Difahamkan juga dalam kejadian itu, pelakon terbabit dikatakan tidak memberi kerjasama sehingga JAWI terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kedua-duanya tidak membuka pintu unit rumah.
Baca juga: