Konsert penyanyi popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu menjadi acara muzik yang sukar untuk dilupakan.
Masakan tidak, leibh 10,000 peminat berkumpul bagi menyaksikan persembahan bintang nombor satu negara itu.
Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza itu turut memaparkan perjalanan karier seni beliau sepanjang 28 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.
“Alhamdulillah terima kasih kepada yang tidak henti memberi sokongan sehinggakan tiket konsert ini habis terjual dalam tempoh masa dua jam,” katanya.
Konsert tersebut turut memperlihatkan penampilan khas penyanyi Indonesia, Judika yang turut menyanyikan beberapa buah lagu antara Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisah Ku Inginkan.
Judika turut mengadakan persembahan solo menerusi lagu Mama Papa Larang dan Cindai.
Dalam pada itu, sebahagian daripada jumlah pembelian tiket konsert turut disalurkan kepada bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.
Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu turut menyediakan satu segmen khas untuk memperingati konflik yang kini dialami oleh negara berkenaan.
Mempersembahkan lebih 20 buah lagu antaranya Bukan Cinta Biasa, Percayalah, Biarlah Rahsia,Purnama Merindu, Kesilapanku Keegoanmu dan 7 Nasihat.
Antara artis yang hadir memberi sokongan pada konsert itu ialah Jaclyn Victor, Aisha Retno, Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri dan Hafiz Hamidun.
Kali terakhir Siti mengadakan konsert di Axiata Arena menerusi Konsert Siti Nurhaliza On Tour pada 2019.
Baca juga: