Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, Perak pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan penemuan mayat bayi tanpa pakaian itu diterima sekitar pukul 3.15 petang.
“Mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dasar parit dengan terdapat kesan tali pusat telah dipotong.
“Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Hafezul Helmi menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-974 0294 bagi membantu siasatan.
Baca juga: