Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meletak sasaran akan menerima 27.3 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan sebanyak RM127 bilion pada tahun ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbahan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan yang turut memberitahu MOTAC menyasarkan kehadiran 31.4 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM125.5 bilion, tahun hadapan.
“MOTAC juga bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha penganjuran kempen tahun melawat negeri yang telah dirancang sehingga kini empat negeri telah umum kempen melawat negeri Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.
“Keempat meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam meluaskan rangkaian penerbangan terus dari pasaran utama kepada Malaysia dan seterusnya menyumbang kedatangan pelancongan antarabangsa ke Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, MOTAC turut menyasarkan ketibaan 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan bernilai RM147.1 bilion turut ditetapkan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang dijadualkan pada 2026.
“Pelbagai program dan langkah dirangka bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat negara ini, termasuk kempen TMM yang menjadi agenda negara bagi pelancongan.
“Bagi menjayakan program ini, MOTAC memerlukan sokongan padu kerajaan negeri, penggiat industri dan rakyat dalam membuat persiapan rapi menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau mengenai sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara serta program dan langkah menarik lebih banyak pelancong asing melawat Malaysia.
Selain itu, katanya, seramai 20.1 juta pelancong asing direkodkan tiba ke negara ini, membabitkan pendapatan bernilai RM71.3 bilion, tahun lalu.
Jelasnya , dalam usaha merancakkan industri pelancongan negara, pelbagai inisiatif digariskan termasuk menjayakan Program TMM 2026 dan meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia.
Baca juga: