Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang bergelar umat Islam.
Dalam bulan ini, umat Islam diberikan pelbagai nikmat serta keberkatan.
Umum mengetahui, puasa bermula dari Subuh hingga masuk waktu Maghrib. Dalam tempoh ini, umat islam dilarang untuk makan, minum atau melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.
Walaupun semua umat Islam menyambut ketibaan bulan ini, namun waktu berpuasa bagi setiap tempat di seluruh dunia adalah berbeza-beza. Ada yang berpuasa paling lama dan singkat.
Berikut adalah senarai 3 negara yang tempoh berpuasa paling lama:
Nuuk, Greenland
Untuk pengetahuan, negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling lama adalah di Nuuk, Greenland. Hal ini kerana waktu siang di sana adalah selama 20 jam.
Glasgow, Scotland
Manakala negara yang kedua berpuasa paling lama adalah di kawasan Glasgow, Scotland selama 17 jam sehari.
London, United Kingdom
Selain itu, adalah di London, England dan United Kingdom. Bagi umat Islam di sana, mereka dijangka berpuasa selama 16 hingga 17 jam juga disebabkan waktu siang yang lama.
Berikut adalah senarai 3 negara yang tempoh berpuasa paling singkat:
Kebiasaannya, negara-negara yang mempunyai waktu berpuasa singkat disebabkan waktu malam yang lebih panjang.
Antara negara yang mempunyai waktu berpuasa yang singkat adalah:
Christchurch, New Zealand
Puerto Montt, Chile
Buenos Aires, Argentina
Ketiga-tiga negara ini mempunyai tempoh jam berpuasa kira-kira 12 jam sehari.
Secara purata, waktu berpuasa bagi seluruh umat Islam adalah antara 13 hingga 14 jam walaupun setiap kawasan mewakili spektrum yang berbeza.
Di Malaysia, jangka masa berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam. Negara-negara yang berada dalam tempoh berpuasa yang sama adalah seperti Singapura, Indonesia dan Afrika Selatan.
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini membawa berkat kepada semua.
Baca juga: