Bella tidak halang Aliff jumpa anak, mahkamah tetapkan 4 April tarikh perbicaraan kes cerai

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengakui kedua-dua anaknya, Adrean dan Ara tidak mengetahui tentang insiden bapa mereka, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat pada Sabtu lalu.

Kata Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Astillah, 30, anaknya bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina menyebabkan dia tidak mengetahui tentang berita kontroversi itu.

“Mereka tidak terkesan, sebab saya selalu bagi alasan Aliff kerja dan mereka pun tidak bermain telefon bimbit.

“Macam Adrean pergi sekolah Cina, jadi dia tidak dengar apa-apa. Adrean tetap hantar ucapan Ramadan pada ayah dia, begitu juga Ara,” katanya.

Bella yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan cerai dibuat terhadap suami, Aliff Aziz atau Mohamad Aliff Aziz, 33.

Perbicaraan kes tersebut bagaimanapun tidak dapat diteruskan memandangkan ketiadaan Aliff hadir ke mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 April depan sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut.

Meskipun berdepan dengan kontroversi, namun Bella tidak menghalang Aliff untuk bertemu dengan anak-anak.

“Saya ada bercakap dengan Aliff, dia boleh sentiasa jumpa anak-anak, saya takkan tetapkan apa-apa syarat,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan sektiar pukul 2 petang pada hari sama.

Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun perpisah pada 16 Mei 2019.

Mereka kemudian rujuk semula dalam tempoh edah dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat