Seramai sembilan individu dipercayai meninggal dunia akibat memakan daging penyu di Pulau Pemba, Kepulauan Zanzibar baru-baru ini.
Kematian berpunca daripada keracunan chelonitoxism iaitu sejenis racun makanan dalam daging penyu laut yang dianggap sebagai makanan istimewa di beberapa tempat.
Perpustakaan Perubatan Kebangsaan melaporkan, racun makanan berkenaan disebabkan oleh daging penyu tersebut dan kajian menunjukkan bahawa semua bahagian penyu laut berpotensi mempunyai racun.
Kesan pengambilan daging penyu laut boleh menyebabkan gejala seperti mual dan muntah-muntah, penyakit yang boleh menggangu neurologi, koma dan akhirnya membawa kepada kematian.
Oleh itu, pihak berkuasa Zanzibar menggesa masyarakat supaya tidak mengambil dan elakkan memakan daging penyu laut.
Untuk info, kes berkenaan bukan pertama kali berlaku, pada awal November 2021, tujuh orang termasuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun dipercayai meninggal dunia kerana memakan daging penyu laut.
Terdahulu pada awal Mac, terdapat kejadian sama berlaku apabila 19 individu termasuk 9 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat kesan memakan daging penyu itu.
Baca juga: