Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham Ishak mengadakan sesi lawatan kerja selama tiga hari bermula 12 Mac ke New Zealand bertujuan mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif Kanan Malaysia-New Zealand (MNZSEM) ke-16.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand.
“Perbincangan merangkumi penglibatan kedua-dua buah negara dengan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FDPA), Keselamatan Indo-Pasifik serta kerjasama pertahanan dua hala.
“Seterusnya, kedua-dua pemimpin juga menekankan komitmen mereka bagi meningkatkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Naib Panglima Angkatan Tentera (Pemangku Panglima Angkatan Tentera), Naib Marsyal Udara, Tony Davies bagi mengadakan perbincangan tentang peluang mengukuhkan dan meningkatkan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan New Zealand.
Lawatan tersebut turut memastikan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan negara-negara rakan dikekalkan dan dipertingkatkan selaras dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara, Perkongsian Berwibawa seperti yang ditetapkan dalam Kertas Putih Pertahanan.
Baca juga: